Bismillahirrahmanirrahim.....
Belajar di Eropah telah membuka mata dan minda saya. Sejak kecil saya sudah dibawa menjelajah dunia. Tapi saya tak pernah pergi ke dunia sebelah barat. Maka ketika menjejakkan kaki di Poland pada tahun 2009, itulah kali pertama saya ke negara orang putih berhidung mancung dan bermata biru.
Percaya tak kalau saya katakan, populasi orang Islam di Eropah lebih ramai berbanding dengan populasi orang Islam di Arab Saudi?
Saya pun ragu pada fakta ini pada mulanya. Menjadi pelajar di Poland belum cukup untuk membuka mata anda. Sebab itu disunatkan untuk berjalan menjelajah bumi bukan? Kalaulah anda sekadar pelajar di Poland, tak berjaulah membawa hati ke negara jiran, mesti anda tak nampak kenyataannya.
Populasi Muslim di Poland agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan negara seperti German, Belgium, atau France.
Sewaktu berjaulah di ketiga-tiga negara itu, sangat mudah untuk dapat makanan halal, sangat senang nak solat, sangat ramai orang bertudung. Macam berada di negara Islam!
Jadi memang benar, Eropah sedang dijajah. Oleh Islam. Kita tak merancang pun penjajahan ini. Tapi perancangan Allah itulah yang paling indah. Di mana kita akan berada saat Islam berada di atas nanti? Melihat sahaja? Atau sedang bekerja bersama-sama mereka yang bekerja? (erkk...! kenape post sy asyik berakhir dengan soalan sejak kebelakangan ni??)
No comments:
Post a Comment