Tuesday, July 5, 2011

Thoughts: Muqaddimah summer 2011

Terkejut saya menerima berita itu. Sudahlah ukhti itu berbadan dua, ditimpa kemalangan jalan raya pula! Innalillahi wa inna ilaihirajiun!

Pulang bercuti tahun lepas, saya dan beberapa teman seperjuangan lama ziarah ukhti itu selepas walimahnya.

Kali ini saya menziarahinya seorang diri, memandangkan teman yang lain masih belum selesai 'bertempur' dengan kertas peperiksaan mereka.

Syukur kemalangan itu tidaklah berat. Lebam besar di kanan muka. Kandungannya tak terjejas. Kuasa Allah, sewaktu kereta yang dinaiki dilanggar, cermin tidak pecah pun. Yang terjadi hanya remuk di pintu kereta.

Hentakan di kepala menyebabkan ukhti itu tak mampu bergerak banyak. Hatta nak sujud pun, kepala sudah berpusing.

Namun semangat ukhti itu tetap membakar. Semangat untuk mentarbiah masyarakat. Walaupun keadaan masyarakat Malaysia hari ini tak menunjukkan sinar kemenangan dalam perjuangan ini.

"Fatimah, kita sudah tak banyak masa. Kita ada kurang dari sepuluh tahun," peringatan dari ukhti itu membuat saya tersentak. Ya, kita memang sudah tak punya masa.

"Tak ada masa untuk duduk berehat," sambungnya.

"Semua penggerak dari semua lapisan, aulad, pelajar, makcik pakcik, semua mesti all out sekarang."

"Dakwah tu bukan terbatas kepada usrah atau orang yang kita kenal sahaja."

"Biar semua masalah datang menyerbu. Pada akhirnya memang kita kena hadapi pun masalah-masalah tu."

"Yang penting, jangan futur."

"Kita perlukan pemuda yang kritis, yang ambil peduli isu sekeliling."

"Kita tak mahu lahirkan pemuda yang percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh media."

"Kita semua pejuangkan Islam."

"Kalau perkara itu kebenaran, kita berpihak padanya."

"Kalau satu pihak tu nak terjun terus dalam politik, kita biarkan."

"Masalah sekarang rakyat terabai tak ditarbiah. Kita kejar yang tu."

Jadi apa pendirian kita?
Taksub lambang, atau taksub kebenaran?
Islam atau emosi?
Pening.

Kalau diselak kembali lembaran sejarah, fahamlah kita, bahawa peristiwa semalam memainkan peranan yang besar dalam membentuk rasa tak percaya sesetengah pihak terhadap sesuatu sistem itu.

Melihat dari satu sudut, Ikhawanul Muslimin, merekalah yang paling teruk diasak pemerintah. Tapi mereka tetap bertenang. Menunggu bertahun-tahun lamanya. Akhirnya kebenaran itu muncul. Memang pada akhirnya yang haq itu akan hancurkan yang batil.

Orang yang sudah disentuh tarbiah, dan orang yang biasa ada bezanya bukan?

Bukannya sikap orang yang telah ditarbiah, suka memaki hamun orang lain. Bagaimana kalau sebenarnya orang yang dimaki itu berada di pihak benar, dan kita sebenarnya yang salah?

Bukan juga sikap orang yang ditarbiah, berlaku tidak jujur dan tidak adil. Tahukah kita, kita takkan terlepas diakhirat sana meski kita boleh terselamat di dunia?

Jangan kerana kebencian kita terhadap satu kaum menyebabkan kita berlaku tak adil pada mereka!

Keluarlah dari kepompong AKU TAK PEDULISMA!



ohh kenapa setiap kali pulang bercuti post saya temanya begini....