Friday, June 22, 2012

Thoughts: Whatever.... Whatever??

Anda ada masalah?
Bagus.
Itu tandanya anda sedang bekerja.
Orang yang tak bekerja tak ada masalah. 
Sebab mereka statik.
Orang yang bekerja memang selalu dirudung masalah.
Sebab Allah nak beri mereka pahala lebih, insyaAllah.

Ada kalanya sy rasa sy bawa ideologi kurang baik kepada adik-adik bulatan gembira sy.
Mari sy bawa ideologi tersebut dalam post kali ini.

Kita sering dengar orang cakap atau baca dimukabuku atau baca di mana-mana lagi entah, frasa;

"Seorang sahabat sejati itu adalah seseorang yang dapat menerima segala kekurangan kita."



Sedar tak sedar, dengan berkata begitu, kita sendiri sudah jadi seorang sahabat yang tak sejati langsung, 
kerana kita tak dapat menerima kekurangan sahabat kita itu iaitu dia tak dapat menerima kekurangan kita.
Oohh sungguh berbelit ayat. Harap pembaca faham.

Sy baru hidup lebih kurang 22 tahun entah berapa bulan.
Sy suka cari pengalaman.
Sy buat silap banyak kali. Hidup sy berfasa-fasa.
Sy mampu tersenyum sahaja apabila melihat insan lain sedang buat kesilapan yg sama dan baru sedang nak memasuki fasa hidup yg sudah lama sy tinggalkan.

Pengalaman itu indah sebenarnya. Seribu pengajarannya.

Contohnya: Saya (sy terpaksa buat contoh diri sendiri, demi mengelakkan sesetengah pembaca dari merasakan bahawa sy sedang attack mereka. hehe) seorang perfectionist. 
'Rule number one' saya: rumah mesti bersih. 
Namun sangat tak patut sy asyik naik angin sebab orang lain bersihkan rumah tak seperti kriteria yg sy harapkan. Saya tak boleh harapkan semua ahli rumah sy macam sy. Semua manusia berbeza. Tahan saja lah.





Kita bengang campur sakit hati campur makan hati campur rasa dibiarkan oleh sahabat kita campur geram campur 'grrr diorang ni memang tak faham aku!!!'.
Lalu kita meninggalkan mereka. Kerana tak tahan dek kekurangan mereka itu.

Lalu kita cari sahabat lain yg kita rasa lebih sesuai dengan kita.
Tapi suatu hari kita dapati mereka pun ada kekurangan yang kita tak boleh tahan.
Lalu kita tinggalkan mereka pula.

Lalu kita cari sahabat lain yg kita rasa lebih sesuai dengan kita.

Tapi suatu hari kita dapati mereka pun ada kekurangan yang kita tak boleh tahan.
Lalu kita tinggalkan mereka pula.

Lalu kita cari sahabat lain yg kita rasa lebih sesuai dengan kita.


Dan kitaran itu pun berulang.
Sampai kita mati.
Nasihat sy, GET YOURSELF OUT OF THERE.

Pesanan sy kpd rakan sejawatan daie sekalian: kalau kita tak tahan dengan akhawat kita, macam mana kita nak tahan dengan masyarakat yang bermacam-macam di luar sana. Masyarakat yang kita nak dakwahkan tu lagi lah bermacam-macam ragam. Lagi lah perangai pelik kita tak pernah jumpa.
Macam main game lah. Ujian level one pun kita tak lepas, macam mana nak naik stage?
Jangan sampai tercicir dari gerabak dakwah.