Thursday, June 30, 2011

Maktub!





Saya tak pandai berbicara mengenai takdir. Perbincangan mengenai takdir bersama Ustadz Aatdiff musim sejuk yang lalu pun cukup memeningkan. Sungguh misteri perkara takdir ini!

Kebimbangan saya dalam satu post beberapa bulan lalu sangat berasas. Penerbangan saya dari Mesir ke Malaysia benar-benar dibatalkan berikutan revolusi yang menjatuhkan Housni Mubarak.

Namun tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada apa yang perlu disedihkan. Semuanya telah tertulis. Maktub!

Jadi terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membeli tiket baru. Penerbangan dari Athens-Dubai-Kuala Lumpur dengan perkhidmatan Emirates. Pengembaraan di Greece juga terpaksa dipendekkan.

Tapi apa perlu dirisaukan. Tiada apa perlu dikeluh-kesahkan. Semuanya telah tertulis. Maktub!

Lalu kami menerima berita revolusi di Greece pula. Kalau di Mesir demonstrasinya dipanggil 'Peaceful', namun tidak di Greece. Apa kami mampu buat? Tak mampu rasanya beli tiket lain lagi. Hasbunallahu wa nikmal wakil!

Namun tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada apa yang perlu disedihkan. Semuanya telah tertulis. Maktub!

Kalaulah kami berada lebih satu hari di Athens, dapatlah kami menyambut Flotilla LLFG5 di Pireus. Malangnya Pireus yang kami singgahi kosong tanpa Flotilla tersebut. Mereka singgah sehari selepas kami pergi. Kalaulah....kalaulah...

'Kalau' takkan dapat mengubah apa-apa. Namun tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada apa yang perlu disedihkan. Semuanya telah tertulis. Maktub!

Kami langsung tak bercadang untuk singgah di Dubai. Tak juga pulang pada tarikh itu. Namun Alhamdulillah kami cepat-cepat keluar dari Athens. kerana pada keesokan harinya, penunjuk perasaan yang bergambar dengan kami di Syntagma Square terpaksa bertempur dengan Polis.



Penunjuk Perasaan di Syntagma Square.


Penunjuk Perasaan Berkhemah di Depan Parlimen.



It's Hard isn't it to Run a Country?


Takdir itu sungguh misteri. Apa hikmahnya disebalik peristiwa yang membuatkan hati dan perasaan kita terganggu? Mana hikmahnya? Dimanakah kesenangan yang dikata-katakan akan datang selepas kesusahan itu?

Itu semua kerja Allah.
Kita hanya ditaklifkan untuk berusaha sehabis baik.
Dan senyum di sepanjang perjalanan.
Kerana Allah nak beri benda yang lebih baik =)