Friday, July 30, 2010

Thoughts: Piąty

Walaupun orang kaya lebih mudah masuk syurga; kerana mereka lebih mudah beramal(lebih mudah bersedekah, rumah selesa untuk beribadah), namun pada hakikatnya orang miskin lebih cepat masuk syurga.

Kerana Allah itu Mahateliti(ar-Raqiib) dan Maha adil(al-'adl), setiap harta yang kita miliki, semuanya akan dihisab di hari perhitungan nanti. Setiap harta itu maksudnya setiap sen, setiap butir beras, setiap helai pakaian.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka....(hingga akhir hadith)

Bayangkan dialog soal-jawab yang akan dihadapi orang kaya dan orang miskin di akhirat nanti...

Orang miskin;

"Ok, si fulan binti si fulan, kita akan mula hisab kamu bermula dari kaki."
"Baiklah..."
"Kasut kamu pakai brand apa?"
"Saya tak memiliki sebarang kasut..."
"Habis tu kamu pakai apa jalan-jalan?"
"Saya pakai selipar jepun saja..."
"Cap apa? Berapa ringgit? Dari mana kamu dapat duit tu?"
"Cap ayam sahaja. Duitnya dapat dari kerja sehari-hari."
"Ok, next!"

Orang kaya;

"Ok si fulan binti si fulan, cerita sikit pasal kasut kamu."
"Em...kasut yang mana satu....?"
"Berapa banyak kamu ada?"
"Sepuluh semuanya, tak termasuk selipar..."
"Kenapa banyak sangat?"
"Err...musim sejuk kaasut lain, musim panas lain pulak...."
"Betul? Ini kenapa kasut winter sampai 3 pasang?"
"Kenapa kamu tak derma saja duit tu ke Palestin?"
"Kamu tahu ramai orang Palestin tak ada kasut untuk musim sejuk??"

Orang kaya payah sedikit. Disebabkan banyak harta, panjang jugalah soal jawbnya. Bukan lah bermakna orang kaya tak masuk syurga. Orang kaya pun boleh masuk syurga macam orang miskin, cuma lambat sedikit.
Allahu a'lam!

Masa lapang itu berbahaya. Syukur Alhamdulillah saya ada banyak perkara di sekeliling untuk menyibukkan diri. Contohnya:

1. Sekurang-kurangnya dua rak buku untuk dibaca.
2. Masjid depan rumah yang mengadakan kuliah tidak kurang dari 3 malam dalam seminggu.
3. Program-program luar bersama pelajar-pelajar yang sedang membuat persediaan ke luar negara.
4. Dan lain-lain...

Terpulang pada diri untuk menyibukkan diri, atau duduk bersenang lenang di rumah.



Allah....saya memohon agar diri ini tidak malas!

Minta pertolongan Allah agar Dia jadikan kita sebagai hamba yang sentiasa mengingati-Nya. Rasulallah mengajarkan kita dengan doa ini:

"Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalan ku kepadaMu"

HR. Abu Dawud

Next program to be attended>>


Ahha...pernah tengok tak graf dalam poster diatas. Well, program ini sama lah juga dengan ISK (Ini sejarah kita). Berminat nak hadir?? Jom!

Mungkin dengan mendengar sekali lagi akan membuat kita lebih faham :)

Tuesday, July 27, 2010

Thoughts: Czwarty

Rakyat Malaysia memang bersatu hati. Saya naik kereta dengan mak. Tiba-tiba di siang hari yang terik lagi terang itu, pemandu dari arah bertentangan pancarkan lampu depannya.

"Eh kenapa dia flash-kan lampu?" saya blurr.
"Tu dia nak warning. Ada Polis trafik kat depan. Nak suruh hati-hati lah tu."

Wah! Rakyat Malaysia memang bersatu hati! Siap boleh tolong-menolong mengelak polis trafik agar pengguna jalan raya lain tak kena saman! Subhanallah, saya sangat kagum!

Kalaulah umat Islam Malaysia bersatu hati dalam semua perkara, kan senang....
Tapi dunia ni tidaklah seindah itu. Manusia ini ada sahaja yang nak diperselisihkan....

Kepala saya berat setelah terima sesuatu yang sukar dihadam fikiran hari ini. Saya hairan, kenapa kumpulan-kumpulan manusia yang mengaku perjuangkan Islam, mengaku mendukung fikrah perjuangan Hassanal-Banna, dan lebih pelik lagi, selalu mengingatkan anak-anak buah mereka dengan ayat 'Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara....'(Al-Hujurat: 10), akhirnya bertelagah sesama sendiri.

Kalau ditanya kenapa bertelagah, memang yang disoal tu boleh kemukakan seribu satu sebab.
Pendirian politik berbeza, method dakwah berbeza, dan lain-lain lagi.

Lebih buruk lagi, kadang-kala satu pihak itu sanggup memburukkan pihak yang lain itu.

Pelik. Padahal benda yang nak dibawa itu sama; ISLAM. Kenapa tak bersatu sahaja? Kan lebih berkesan dakwah itu...!

Mengapa orang-orang yang saya sayang ini bertelagah? Kepala jadi berat sebab keputusan yang diminta. Saya sayang kedua-duanya.Saya tak sanggup perselisihan macam ini jadi penyebab ukhwah kami tak boleh jadi seperti biasa.

Tak hairanlah ada yang lari dari tarbiyah ini. Tak sanggup terlibat dalam percakaran.

Saya tak suka fikir mengenai perkara ini. Kepala jadi serabut. Dakwah tak jalan.


Ketahuilah, musuh Islam sedang bersorak melihat kamu bercakaran!

Getting sick of it....

Friday, July 23, 2010

Thoughts: Trzeci

Sudah lebih seminggu saya di Malaysia.

Saya tak dapat tidur malam-malam. Pukul 5 pagi, baru rasa mengantuk. Saya rasa, inilah yang disebut sebagai jet lag.

Mak pun kata, "Kau jangan layan sangat jet lag kau tu. Kalau dilayan-layan, sampai bila-bila pun tak sudah. Kau jangan ingat jet lag tu boleh hilang sendiri. Kau kena ubah sendiri."

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Thursday, July 22, 2010

Thoughts: Drugi

Kenapa ya orang Melayu, apabila dikatakan kepadanya,

"Kau ni macam orang Vietnam lah."

Atau

"Kau ni macam Bangladesh."

Maka orang Melayu akan marah.
Bukan lah semua orang Melayu, tapi saya yakin kebanyakan individu Melayu tersebut akan marah. Atau rasa tersindir.

Kenapa? Orang Melayu rasa mereka tak layak untuk disamakan dengan orang Vietnam atau Bangladesh?

Kenapa? Orang Melayu rasa mereka lebih mulia dari kaum-kaum tersebut?

Siapa kita untuk menentukan siapa lebih mulia dari siapa?
Siapa kita untuk pandang rendah pada orang lain?

Riakkah kita?

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat. (Iaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. orang-orang yang berbuat riya’.” (Surah Al-Maa’un : 4 – 6)

Kalau bukan riak, takabbur mungkin?

"Tidak akan masuk syurga orang yang ada didalam hatinya, seberat biji sawi, dari takabbur. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya seberat biji sawi dari Iman" (Riwayat Muslim)

Jangan lupa, Iblis dimurkai Allah kerana berkata, "Aku lebih baik darinya(Adam)."

Islam datang lalu meletakkan taraf semua manusia itu sama. Jangan pula kita orang Melayu tiba-tiba ada perasaan lebih Mulia dari bangsa lain.

Ingin jadi mulia disisi Allah, maka bertaqwalah!

“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” (Surah al-Hujurat : 13)

Wednesday, July 21, 2010

Thoughts: Pierwszy

I have to start posting my thoughts, or else this blog will be a dead one.

***

Ada perbezaan antara mengetahui dan mengimani.

Contohnya seorang pengumpat; apabila ditanyakan,

"Kamu tahu tak Allah tu wujud?"
"Tahu."
"Kamu tahu mengumpat itu dikeji Allah?"
"Tahu."
"Kamu tahu tak pengumpat akan dibakar di neraka nanti?"
"Tahu."
"Habis tu, kenapa masih mahu mengumpat?"

Kerana kebanyakan Muslim tahu Allah itu wujud, tapi masih belum beriman dengan kewujudan-Nya. Muslim yang sekadar mengetahui, tapi tidak beriman, tak dapat merasakan manisnya cinta Allah, atau pedihnya azab-Nya keatas hambanya yang berbuat dosa.

Mengetahui kewujudan Allah tidak cukup untuk menjadikan kita Hamba yang diredhai. Kenalah kita beriman kepadanya.

Allahu musta'an....

Saturday, July 3, 2010

Enough with the movies, please

Hmm.....sudah masuk bulan Julai nampaknya. Lagi 9 hari nak balik Malaysia insyaAllah. Saya sangat rindu keluarga saya(sudah tentu). Dan kucing-kucing sayaT_T

Alhamdulillah minggu lepas saya telah berpeluang ke Auswitch. Tahu tak Auswitch tu apa? Sila lah google ya. Nak dapat ilmu, kenalah usaha sedikit. Hehe....

Auswitch terkenal sebagai salah satu tempat pembersihan etnik semasa perang dunia pertama dahulu. Kira-kira 1-2juta orang(kesahihan fakta?? Allahu a'lam) telah dibunuh disini atas arahan Hitler, yang mana majoritinya orang Yahudi. Peristiwa ini dikenali sebagai Holocaust

Palang untuk menggantung 'pesalah' di Auswitch.


Cara pembunuhannya memang tidak berperikemanusiaan. Tak kira wanita, kanak-kanak, mahupun orang tua, semuanya dimasukkan beramai-ramai di dalam gas chamber dan dilemaskan dengan gas Cyclone 8. Mayat mereka kemudian dibakar dan abunya dijadikan baja atau dibuang kedalam sungai.

Cerita mengenai pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai (genocide), ingat tak perang Bosnia-Serbia?? Perang Bosnia mencatat sejarah sebagai pembunuhan beramai-ramai yang pertama di Eropah dalam abad ke-20 di saat dunia telah masuk era modenisasi dan disaat masyarakat dunia menyangka holocaust semasa perang dunia pertama dahulu adalah genocide yang terakhir dalam sejarah peradaban manusia.

Bila ia berlaku??
JULAI 1995

Mangsanya??
Oh, mangsanya kali ini bukan kaum Yahudi, tetapi MUSLIM.
Ya, seramai 100ribu Muslim telah dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa hitam ini.

Bosnia-Herzegovina sebuah negara yang aman pada mulanya. Kristian hidup damai dengan Muslim. Pada tahun 1992, lantaran suara-suara perkauman, kebencian dan dendam lama kepada umat Islam kembali timbul, tanda-tanda perang mulai kelihatan. Tahun 1995 merupakan kemuncaknya. Tentera Serbia bertindak menyerang dan membunuh sasaran meraka iaitu orang Islam.

Mereka ditembak beramai-ramai dalam keadaan tidak bersenjata, dan dikambus dalam satu lubang yang besar. Wanita-wanita pula diperkosa dalam rumah Allah. Dimana penduduk dunia ketika itu??

Dalam kekalutan itu, PBB pun cuba menjalankan tanggungjawabnya. Tentera Belanda dihantar ke Bosnia untuk melindungi penduduk Muslim di situ. Malang sekali, umat Islam tak patut percayakan Belanda ketika itu. Mereka takkan bermatian mempertahankan nyawa umat Islam di bawah lindungan mereka. Mereka lebih sayangkan nyawa sendiri. Sekali sahaja diherdik jeneral Serbia, terus tentera Belanda serahkan penduduk Islam kepada Serbia untuk disembelih.

Peristiwa ini memberi pengajaran yang sangat besar kepada kita, umat Islam, jika kita berfikir. Selama bertahun-tahun rakyat pelbagai kaum hidup aman damai di Bosnia, kenapa tiba-tiba yang beragama Kristian itu hendak membunuh jiran Muslimnya?

Kenapa walaupun PBB telah menghantar tentera Belanda untuk melindungi penduduk-penduduk Muslim tersebut, mereka pula menyerahkan penduduk-penduduk Muslim tersebut ke mulut tentera Serbia untuk dibaham?

Kenapa umat Islam terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam untuk melindungi nyawa mereka??

Kalau tragedi ini berlaku pada zaman kegemilangan khilafah Islamiyah, sudah tentu penduduk Bosnia akan menyeru, "Dimana khalifah untuk melindungi kami???!!"

Kita tengok pula belakang tabir, mengapa Allah turunkan bencana sebegini kepada umat Islam di Bosnia?

Hakikatnya, sebelum perang itu, mereka memang Islam, tapi hanya pada nama. Masjid-masjid sudah tidak melaungkan azan. Masjid kosong, kelab-kelab malam penuh. Arak menjadi tegukan pemuda Islam. Pemudi sudah tidak mahu menutup aurat. Solat lima waktu, apatah lagi. Syariat telah diletakkan di belakang, lalu dilupakan. Dan Allah tak akan teragak-agak untuk mendatangkan satu kaum yang zalim dan tak berhati perut kepada hambanya yang zalim dan melupakan-Nya agar mereka mengambil pengajaran daripadanya dan kembali kepada-Nya.

Hikmahnya, setelah dihimpit dalam peristiwa berdarah itu, umat Islam Bosnia semakin kuat jatidiri Islam mereka. Semangat umat Islam Bosnia untuk mendalami Islam selepas itu semakin membara. Tumbuhnya banyak madrasah-madrasah untuk sesiapa yang mahu mempelajari Islam. Tambahan, mereka kini mempunyai sebuah kerajaan sendiri yang ditadbir oleh oranng Islam, seterusnya memudahkan untuk menjalankan agenda Islam. Alhamdulillah...

Ha, ini adalah satu siri video yang anda patut tengok bulan Julai ini. Mungkin saya tak pandai narrate perang ini. InsyaAllah tengok video, anda akan lebih faham.






Apa pendapat anda?? Adakah apabila syariat diabaikan di Malaysia, kita pun akan ditegur oleh Allah dengan cara yang sama di Bosnia??

The Bosnian Muslims learnt it the hard way. Try not to bring it here, Malaysian Muslims