They say time is the great healer. But I see time passes by like the great stealer.
Tick tock, tick tock...
Berpuasa memang no hal bagi sesetengah orang. Setakat tahan lapar dan dahaga, budak sekolah rendah pun boleh! katanya.
Berapa ramai orang boleh tahan lapar dari subuh sampai maghrib, tapi tak boleh tahan matanya dari tidur berlebihan.
Berapa ramai orang boleh tahan dahaga dari subuh sampai maghrib, tapi tak boleh tahan matanya dari tengok artis seksi dalam TV.
Berapa ramai orang yang boleh tahan lapar dari subuh sampai maghrib, tapi tak boleh tahan mulutnya dari mengumpat dan mengutuk orang lain.
Berapa ramai orang yang boleh tahan dahaga dari subuh sampai maghrib, tapi tak boleh tahan telingnya dari mendengar lagu-lagu lagha.
Berapa ramai orang yang boleh tahan lapar dari subuh sampai maghrib, tapi tak boleh tahan malasnya untuk mengerjakan solat sunat.
Berapa ramai orang berpuasa, tapi puasa itu tak mendidiknya menjadi insan yang lebih baik??
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar”. (HR Imam Ibn Majah)
Tick tock, tick tock....
Kalau bulan-bulan biasa, rasa bosan, kita tengok siri-siri drama kegemaran kita. Apa kata bulan ini, kita latih diri kita tinggalkan semua drama-drama, arits-arits, dan hiburan berlebihan itu, kita banyakkan ibadah sunat. Semoga ibadah-ibadah sunat itu dapat dekatkan diri kita dengan Allah.
“...Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu ibadah yang lebih Aku cintai dari apa yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan senantiasa seorang hambaKu mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga Aku mencintainya....”(HR Bukhari)
Tick tock, tick tock....
Kalau bulan-bulan biasa juga, mungkin seminggu 2 atau 3 kali sahaja kita mampu bangun tahajjud. Dalam bulan ini, hari-hari kita bangun awal untuk sahur. Hari-hari boleh tahajjud. Subhanallah...! Seronoknya!!
Eh, Allah offer keampunan ni! Tak nak ke??
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
Tick tock, tick tock...
Ya Allah...1/3 Ramadhan telah berlalu. Apa yang telah aku buat untuknya....T_T
‘Celaka seseorang yg masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tdk diampuni dosa oleh Allah!!'
Peluang masih ada, rebutlah sebelum terlambat!
Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita...?
They say time is the great healer. But I see time passes by like the great stealer!
Picture by Brotherhood Arts
No comments:
Post a Comment