Monday, August 9, 2010

Thoughts: Siódmy

Allah, peningnya kepala saya. Perkhidmatan komuter di Malaysia ni memang patut dipuji. Ia melatih kesabaran yang tinggi. Dari mesin tiketnya dan 'sekejap'nya tempoh menunggu, sehinggalah kepada 'kelajuannya'. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk bersabar dan mengganjari saya pahala bersabar....Sabar tima, sabar...


Ramadhan kareem!!
Masuk bulan Ramadhan!! :D
Sudah tentu banyak kelebihan Ramadhan yang telah kita ketahui, tapi malangnya budaya merebut pahala di negara kita kurang meriah kalau nak dibandingkan dengan negara timur tengah. Contohnya;

"Sesiapa yang memberikan perbukaan kepada orang yang berpuasa , ia mempunyai pahala seumpamanya, namun hal ini tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun jua".(HR. Tirmizi, Ahmad dan Darimi)

Memandangkan umur kita tak panjang macam umat-umat terdahulu, pernah tak terfikir untuk dapat pahala 2 hari berpuasas, dengan berpuasa hanya sehari? Jadi macam mana ya nak dapatkan pahala 2 hari berpuasa, dengan berpuasa hanya sehari?

Apa kata, saya belikan anda makanan berbuka, anda membelikan saya makanan berbuka, Jadi kita sama-sama dapat pahala lebih dari satu orang berpuasa! Cukup 28 hari, kita masing-masing boleh dapat pahala sekurang-kurangnya 56 orang berpuasa Kan :D
Siapa nak join projek saya ni? Mari! Saya belanja! Hehhe....

Lagi satu kelebihan yang memang lazim kita dengari ialah;

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Maksudnya mudah. Kalau bulan-bulan biasa, kita buat ibadah sunat banyak mana pun, pahalanya takkan menyamai pahala ibadah wajib(fardhu). Contohnya kalau kita bersedekah pada bulan biasa sebanyak mana pun, takkan menyamai pahala ibadah fardhu.

Kecuali bulan Ramadhan, yang Allah janjikan apabila kita lakukan amalan sunat, pahalanya sama seperti kita lakukan amalan fardhu!

Jadi apa kata instead of bagi duit raya pada sanak saudara, kita beri duit Ramadhan pada mereka. Mari kita tukar budaya! Hidupkan amalan beri angpau di bulan Ramadhan! Pahalanya lebih besar!:D

Subhanallah....Bestnya Ramadhan!!!

Walaubagaimanapun, terpaksalah aktiviti blog dikurangkan. Saya akan menjadi lebih sibuk.

Hospital attachment+ibadah ekstra Ramadhan = bye-bye blog!

selamat beribadah!

No comments:

Post a Comment