Di wad bersalin....
A pretty baby girl
"I need you to time her contraction. She's your patient now," kata doktor itu sebelum meninggalkan saya keseorangan dengan seorang wanita yang sedang sakit hendak bersalin.
Apabila kandungan seorang wanita sudah cukup 40 minggu, dan dia sudah hendak melahirkan anak, rahimnya akan merenggang(contract). Perut wanita tersebut akan mengeras dan dia akan merasakan kesakitan yang amat sangat. Untuk merasakan contraction, anda perlu letak tangan pada perut ibu tersebut. Kalau keras, bermakna contraction sedang berlaku.
Saya terpinga-pinga. Saya buat seperti yang doktor itu arahkan. Berguling-guling pesakit itu menahan kesakitan. Dia ambil tangan saya dan genggam sekuat-kuatnya. Mahu patah jari saya!
Saya rasa bersalin adalah perkara yang paling menyakitkan. Sepanjang tempoh saya di hospital, saya sudah melihat pelbagai jenis pesakit. Pesakit yang hilang kaki, hilang telinga, tercabut kulit, patah kaki dan macam-macam lagi. Tapi ibu-ibu mengandunglah yang memberikan ekspresi kesakitan yang paling tak tertahan. Subhanallah....besarnya pengorbanan ibu kepada kita.....
Selang beberapa minit, saya pun mencari doktor tadi. Tiada di bilik ini, tiada di bilik itu. Oh, rupanya di bilik yang bertutup ini. Saya masuk. Ada ibu yang sedang bersalin dalam bilik itu. Ramai betul orang dalam bilik tersebut. Ada sekumpulan manusia yang terdiri dari beberapa orang doktor, jururawat, kaunselor etc etc... Begitu ramai orang diperlukan untuk seorang ibu melahirkan seorang anak??
Semua orang itu sekarang berfungsi sebagai pasukan sorak kepada ibu itu. Riuh rendah bilik itu. PUSHH!!!!! THAT'S GOOD!!!! ONE MORE TIME!!!! PUSH!!!! Aiyoo....
Mana doktor saya??
Oh, itu dia.
Doktor: How's the contraction?
Saya: Four in ten. Fifty-five seconds now. But the machine can't catch the fetal heart rate. She's not lying properly.
Doktor: Have you ask her to lie properly?
Saya: Yes, but she's in so much pain. She won't listen to me.
Doktor: You ask her in nicest possible manner?
Saya: Of course I did.
Doktor: Good. Remember, never marah-marah your patient!
Setakat ini, doktor inilah medical officer (MO) yang paling baik saya pernah lihat. Sangat baik dan sangat peramah kepada semua orang, walaupun dia bukan seorang doktor Muslim.
***
Selalunya apabila ada pesakit baru, saya suka tengok tag-nya. Pesakit kali ini sangat muda. Kira-kira umur saya.
Jururawat 1: Married?
Jururawat 2: Single
Saya: ???
Saya periksa sekali lagi tag-nya. Namanya universal. Nak kata Muslim pun boleh, non-muslim pun boleh.
Pesakit meraung-raung kesakitan. Apabila regangan berhenti, jururawat mengambil peluang untuk menananya soalan-soalan yang perlu ditanya.
Jururawat: Adik buat follow up di klinik mana?
Pesakit: Tak pernah...(sambil menangis)
Bermakna semenjak mengetahui dirinya mengandung, dia tidak pernah ke klinik untuk memeriksa perkembangan kandungannya.
Jururawat: Adik pernah tak cuba nak buat abortion di mana-mana?
Pesakit: (menggeleng sambil terus menangis menahan kesakitan)
Contraction datang lagi. Pesakit menjerit kesakitan.
Pesakit: Sakit!!! Dah tak tahan!! Saya nak balik rumah!!!
Jururawat: Adik, sabar. Adik nak tak baby ni?
Pesakit: (Menumbuk-numbuk perutnya sambil menangis menahan kesakitan)
Jururawat: Adik, kalau tak mahu baby, nanti beri kakak ya. Jangan buang.
Pesakit: AAAAHHH!!!! YA ALLAH!!!! Sakit!!!
Oh, dia menjerit nama Allah Yang Maha Agung itu. Nampaknya pesakit adalah seorang;
1. remaja sebaya saya,
2. sedang mengandungkan seorang anak walaupun belum berkahwin,
3. dan dia beragama ISLAM.
Selamat hari merdeka kawan-kawan....
I'm touched.
ReplyDeleteBy the way, I made a poem entitled "What Single Muslim Sisters Say". Just like you requested. I hope you like it :)
at last!
ReplyDeleteone good poem. like it!
Salam,
ReplyDeleteakak ni perisau. nak tanya, boleh ke jarum drip tu patah dlm tangan kita. masa bersalin,akak pakai jarum drip, so masa push tu risau takut terpatah jarum tu kat dlm tangan. tapi masa nurse tanggalkan x cakap apa. tapi risau sebab mcm boleh goyang aje sebelum dibuka
wsalam wrt,
ReplyDeletesebenarnya sy ni student baru 2nd year, jadi tak banyak benda tahu.
tapi pasal jarum drip tu, insyaAllah tak mudah patah sebab jarum tu plastik n flexible, jadi tak senang patah. in fact, tak pernah dengar lagi lah ada yang patah :)