Friday, August 13, 2010

Thoughts: ósmy

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (62 : 8)

Sesetengah orang takut untuk masuk hospital, kerana hospital biasanya dikaitkan dengan kesakitan bahkan kematian. Mungkin sebab itu jugalah ramai orang tidak mahu masuk wad apabila mereka sakit.


Wad tempat saya membuat attachment ini adalah wad yang paling sibuk di hospital ini. Saya mengambil syif dari pukul 7 pagi sampai 2 petang. Jadi saya kena bertolak dari rumah seawal 6 pagi.

Ini adalah intravenous drip

Setelah selesai mengambil darah seorang pesakit di katil 2-4, jururawat mengarahkan saya memasang branula pada pesakit di katil 5-3. Branula ialah sejenis jarum yang di masukkan ke dalam salur darah pesakit untuk membolehkan intravenous drip dimasukkan dalam tubuh pesakit.

Inilah yang dinamakan branula.


Pesakit kelihatan resah. Mungkin gementar kerana dia akan saya cucuk sebentar lagi.

"Jangan takut encik, jarum kecil sahaja," saya cuba menenangkannya.
"Eh mana ada saya takut! Relax je ni ha! Hahaha!" dia pun cuba menenangkan dirinya.

Dengan bacaan bismillah, jarum pun dimasukkan ke dalam salur darah di tangan pesakit. Alhamdulillah, semuanya lancar dan cecair intravenous pun dimasukkan.

"Ha, siap. Sakit sedikit sahaja kan?"
"Hehe. Terima kasih doktor," lega pesakit itu.

Pesakit bilik 14 merupakan seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Tidak terlalu muda, dan tidaklah terlalu tua. Pesakit mempunyai satu lubang yang sangat dalam pada badan belakangnya hingga tulang coccyx-nya boleh dilihat kesan dari coccyx abcess. Setiap hari jururawat atau doktor akan membuat dressing di tempat itu. Dressing ialah membersihkan lubang itu dari nanah untuk mengelakkan komplikasi.

Walaubagaimanapun, keadaan pesakit semakin stabil dan kelihatan semakin sihat. Dia dibenarkan untuk pulang hari itu.

"Mak cik nak buat dressing sendiri di rumah?" saya menyoal sambil menolak kerusi roda pesakit ke kereta anaknya.
"Eh, tak. Tak berani pula. Mak cik akan datang sini setiap hari selama dua minggu. Mak cik nak doktor buatkan," katanya.

"Terima kasih ya," katanya lagi sebelum masuk dalam kereta.

Saya membantu pesakit untuk masuk kereta dan melihatnya pergi. Alhamdulillah, akhirnya boleh juga dia pulang ke rumah.

Keesokan harinya, kami menerima berita bahawa pesakit itu telah meninggal dunia.Sungguh, pesakit tersebut sudah lebih sihat dari sebelumnya. Keadaannya pun stabil. Namun kita semua tidak boleh mengagak bilakah ajal kita akan tiba. Tak semestinya yang tua dan lemah itu akan
menemui maut lebih awal dari mereka yang muda dan sihat. Tak semestinya yang ditahan di wad hospital itu lebih dekat dengan ajal dari mereka yang sihat di luar.

“… Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat Meliputi PengetahuanNya” (31: 34)

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah. Dan janganlah Engkau mematikan kami dalam su’ul khatimah....!

2 comments:

  1. salam,
    pengalaman yg menarik tu kat hospital...
    doakan roh makcik tu tergolong didalam orang2 yg beriman.. amin~

    ReplyDelete
  2. salam.

    i found ur blog when i googled bout hospital attachment.

    can u tell me, what u do to involve in the attachment? and what criteria applied?

    ReplyDelete