Oh well, Hospital talk again. Ya lah, saya tak ke hospital saja-saja. Saya mahu mempelajari sesuatu. Jadi banyak yang saya pelajari yang saya mahu ceritakan.
Jadi, hospital talk again. Just don't get bored, okay.
Apabila seseorang itu jatuh sakit, dia MUNGKIN akan berubah perangainya. Menjadi seorang yang banyak kerenah. Setiap 10 minit akan panggil jururawat yang sememangnya sibuk itu, untuk menyibukkan dia lagi.
Nak itu, nak ini.
Itu tak kena, ini tak kena.
Semuanya serba tak betul.
Pada pendapat saya yang mentah ini, adalah tidak wajar seorang doktor atau jururawat bermasam muka pada pesakit mereka atau merungut kerana pesakit itu banyak kerenah.
Memanglah pesakit akan banyak kerenah. Mereka kan sakit!
Keadaan badan mereka menjadi sangat tak selesa, jadi mereka mahu buat apa sahaja agar keselesaan itu kembali. Sebab itu mereka minta itu, minta ini, itu tak kena, ini tak kena. Kalau boleh, mereka setuju untuk tukar tempat dengan doktor/jururawat asalkan mereka sihat. Biarlah sibuk manapun kerja doktor/jururawat itu, mereka sanggup lakukan asalkan mereka tidak berada dalam keadaan tidak selesa itu.
Kalau boleh pesakit-pesakit itu mahu kaut pahala sebanyaknya pada bulan Ramadhan ini dengan berpuasa, baca al-Quran, dan solat berjemaah. Namun apakah daya, nak ambil wudhu' pun kena orang bantu. Jadi kita yang sihat ini, gunakanlah nikmat kesihatan ini sebaik-baiknya.
Wahai orang muda, sembahyanglah sebanyak-banyaknya, nanti kamu dah tua, lutut sakit-sakit, tulang berketup-ketap, kamu sudah tak mampu nak solat banyak-banyak. Saat itu barulah kamu menyesal kerana banyak menghabiskan masa muda kamu di hadapan laptop melihat artis kegemaran.
Wahai orang sihat, bacalah al-Quran sepuas-puasnya, nanti kamu dah sakit, kepala pening-pening, nak tengok tulisan al-Quran pun kepala pusing, tidak mampu lagi kamu alunkan kalimah suci itu lagi. Jangan nanti waktu itu kamu menyesal kerana membiarkan kitab suci itu dalam debu semasa kamu sihat dulu.
Wahai orang bernyawa, buatlah semua pekerjaan kamu kerana Allah, jangan nanti kamu dah tak bernyawa, baru kamu terfikir nak beramal kerana-Nya. Waktu itu kamu minta kepada Allah semahunya untuk kembali kedunia, namun tidak akan terjadi.
Semasa saya mula-mula bertukar ke wad 6U, ada seorang remaja meraung-raung, meronta-ronta di katil 29. Dia masih muda. Remaja lelaki berusia 17 tahun. Mengalami gegaran otak dalam satu kemalangan motosikal. Fikirannya sedar, tapi dia tak mampu mengawal tubuhnya. Terpaksa dia diikat agar tak membahayakan diri dan orang lain.
Bayangkan anda terperangkap dalam tubuh yang anda sendiri tak mampu kawal. Bagaimana rasanya?? Sehingga habis tempoh attachment saya di wad itu, keadaannya masih tak berubah.
Tidak saya terfikir perkara itu akan terjadi pada ahli keluarga sendiri. Namun semuanya Allah dah atur. Saya yakin, setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (2:286)
Ya Allah, kuatkan hati kami dalam menghadapi ujian-Mu ini....
No comments:
Post a Comment