Tuesday, July 27, 2010

Thoughts: Czwarty

Rakyat Malaysia memang bersatu hati. Saya naik kereta dengan mak. Tiba-tiba di siang hari yang terik lagi terang itu, pemandu dari arah bertentangan pancarkan lampu depannya.

"Eh kenapa dia flash-kan lampu?" saya blurr.
"Tu dia nak warning. Ada Polis trafik kat depan. Nak suruh hati-hati lah tu."

Wah! Rakyat Malaysia memang bersatu hati! Siap boleh tolong-menolong mengelak polis trafik agar pengguna jalan raya lain tak kena saman! Subhanallah, saya sangat kagum!

Kalaulah umat Islam Malaysia bersatu hati dalam semua perkara, kan senang....
Tapi dunia ni tidaklah seindah itu. Manusia ini ada sahaja yang nak diperselisihkan....

Kepala saya berat setelah terima sesuatu yang sukar dihadam fikiran hari ini. Saya hairan, kenapa kumpulan-kumpulan manusia yang mengaku perjuangkan Islam, mengaku mendukung fikrah perjuangan Hassanal-Banna, dan lebih pelik lagi, selalu mengingatkan anak-anak buah mereka dengan ayat 'Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara....'(Al-Hujurat: 10), akhirnya bertelagah sesama sendiri.

Kalau ditanya kenapa bertelagah, memang yang disoal tu boleh kemukakan seribu satu sebab.
Pendirian politik berbeza, method dakwah berbeza, dan lain-lain lagi.

Lebih buruk lagi, kadang-kala satu pihak itu sanggup memburukkan pihak yang lain itu.

Pelik. Padahal benda yang nak dibawa itu sama; ISLAM. Kenapa tak bersatu sahaja? Kan lebih berkesan dakwah itu...!

Mengapa orang-orang yang saya sayang ini bertelagah? Kepala jadi berat sebab keputusan yang diminta. Saya sayang kedua-duanya.Saya tak sanggup perselisihan macam ini jadi penyebab ukhwah kami tak boleh jadi seperti biasa.

Tak hairanlah ada yang lari dari tarbiyah ini. Tak sanggup terlibat dalam percakaran.

Saya tak suka fikir mengenai perkara ini. Kepala jadi serabut. Dakwah tak jalan.


Ketahuilah, musuh Islam sedang bersorak melihat kamu bercakaran!

Getting sick of it....

1 comment: