Saturday, July 3, 2010

Enough with the movies, please

Hmm.....sudah masuk bulan Julai nampaknya. Lagi 9 hari nak balik Malaysia insyaAllah. Saya sangat rindu keluarga saya(sudah tentu). Dan kucing-kucing sayaT_T

Alhamdulillah minggu lepas saya telah berpeluang ke Auswitch. Tahu tak Auswitch tu apa? Sila lah google ya. Nak dapat ilmu, kenalah usaha sedikit. Hehe....

Auswitch terkenal sebagai salah satu tempat pembersihan etnik semasa perang dunia pertama dahulu. Kira-kira 1-2juta orang(kesahihan fakta?? Allahu a'lam) telah dibunuh disini atas arahan Hitler, yang mana majoritinya orang Yahudi. Peristiwa ini dikenali sebagai Holocaust

Palang untuk menggantung 'pesalah' di Auswitch.


Cara pembunuhannya memang tidak berperikemanusiaan. Tak kira wanita, kanak-kanak, mahupun orang tua, semuanya dimasukkan beramai-ramai di dalam gas chamber dan dilemaskan dengan gas Cyclone 8. Mayat mereka kemudian dibakar dan abunya dijadikan baja atau dibuang kedalam sungai.

Cerita mengenai pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai (genocide), ingat tak perang Bosnia-Serbia?? Perang Bosnia mencatat sejarah sebagai pembunuhan beramai-ramai yang pertama di Eropah dalam abad ke-20 di saat dunia telah masuk era modenisasi dan disaat masyarakat dunia menyangka holocaust semasa perang dunia pertama dahulu adalah genocide yang terakhir dalam sejarah peradaban manusia.

Bila ia berlaku??
JULAI 1995

Mangsanya??
Oh, mangsanya kali ini bukan kaum Yahudi, tetapi MUSLIM.
Ya, seramai 100ribu Muslim telah dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa hitam ini.

Bosnia-Herzegovina sebuah negara yang aman pada mulanya. Kristian hidup damai dengan Muslim. Pada tahun 1992, lantaran suara-suara perkauman, kebencian dan dendam lama kepada umat Islam kembali timbul, tanda-tanda perang mulai kelihatan. Tahun 1995 merupakan kemuncaknya. Tentera Serbia bertindak menyerang dan membunuh sasaran meraka iaitu orang Islam.

Mereka ditembak beramai-ramai dalam keadaan tidak bersenjata, dan dikambus dalam satu lubang yang besar. Wanita-wanita pula diperkosa dalam rumah Allah. Dimana penduduk dunia ketika itu??

Dalam kekalutan itu, PBB pun cuba menjalankan tanggungjawabnya. Tentera Belanda dihantar ke Bosnia untuk melindungi penduduk Muslim di situ. Malang sekali, umat Islam tak patut percayakan Belanda ketika itu. Mereka takkan bermatian mempertahankan nyawa umat Islam di bawah lindungan mereka. Mereka lebih sayangkan nyawa sendiri. Sekali sahaja diherdik jeneral Serbia, terus tentera Belanda serahkan penduduk Islam kepada Serbia untuk disembelih.

Peristiwa ini memberi pengajaran yang sangat besar kepada kita, umat Islam, jika kita berfikir. Selama bertahun-tahun rakyat pelbagai kaum hidup aman damai di Bosnia, kenapa tiba-tiba yang beragama Kristian itu hendak membunuh jiran Muslimnya?

Kenapa walaupun PBB telah menghantar tentera Belanda untuk melindungi penduduk-penduduk Muslim tersebut, mereka pula menyerahkan penduduk-penduduk Muslim tersebut ke mulut tentera Serbia untuk dibaham?

Kenapa umat Islam terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam untuk melindungi nyawa mereka??

Kalau tragedi ini berlaku pada zaman kegemilangan khilafah Islamiyah, sudah tentu penduduk Bosnia akan menyeru, "Dimana khalifah untuk melindungi kami???!!"

Kita tengok pula belakang tabir, mengapa Allah turunkan bencana sebegini kepada umat Islam di Bosnia?

Hakikatnya, sebelum perang itu, mereka memang Islam, tapi hanya pada nama. Masjid-masjid sudah tidak melaungkan azan. Masjid kosong, kelab-kelab malam penuh. Arak menjadi tegukan pemuda Islam. Pemudi sudah tidak mahu menutup aurat. Solat lima waktu, apatah lagi. Syariat telah diletakkan di belakang, lalu dilupakan. Dan Allah tak akan teragak-agak untuk mendatangkan satu kaum yang zalim dan tak berhati perut kepada hambanya yang zalim dan melupakan-Nya agar mereka mengambil pengajaran daripadanya dan kembali kepada-Nya.

Hikmahnya, setelah dihimpit dalam peristiwa berdarah itu, umat Islam Bosnia semakin kuat jatidiri Islam mereka. Semangat umat Islam Bosnia untuk mendalami Islam selepas itu semakin membara. Tumbuhnya banyak madrasah-madrasah untuk sesiapa yang mahu mempelajari Islam. Tambahan, mereka kini mempunyai sebuah kerajaan sendiri yang ditadbir oleh oranng Islam, seterusnya memudahkan untuk menjalankan agenda Islam. Alhamdulillah...

Ha, ini adalah satu siri video yang anda patut tengok bulan Julai ini. Mungkin saya tak pandai narrate perang ini. InsyaAllah tengok video, anda akan lebih faham.






Apa pendapat anda?? Adakah apabila syariat diabaikan di Malaysia, kita pun akan ditegur oleh Allah dengan cara yang sama di Bosnia??

The Bosnian Muslims learnt it the hard way. Try not to bring it here, Malaysian Muslims

No comments:

Post a Comment