Thursday, October 14, 2010

I'm not single

Bismillahirrahmanirrahim....

I'M IN A RELATIONSHIP.

Em, sudah agak lama saya tidak menulis. Saya harap pengakuan diatas tidak mengejutkan pembaca. Ehem.

Bercakap mengenai dakwah (lagi), nampaknya tahun ini tempat saya belajar ini sedang mengalami masalah kekurangan muwajjih. Kekurangan mad'u. Mad'u dalam post kali ini memfokuskan pelajar Malaysia yang beragama Islam. Ya saya tak nafikan wujudnya orang Polish yang belum Islam yang juga menjadi mad'u kita. Tapi seperti yang al-Maududi katakan, prioriti dakwah kita sekarang ialah mereka yang sudah sedia Muslim. Keutamaan sekarang adalah untuk menarik kembali umat Islam yang berjuta-juta bilangannya itu kembali mengamalkan Islam.

Mungkin ada yang memandang kekurangan mad'u itu sebagai satu kelebihan. Ya, benar. Kalau ikut logik, apabila du'at lebih ramai daripada mad'u, maka lebih mudah untuk para du'at untuk tarik mad'u. Tapi entahlah, bagi saya, kekurangan mad'u itu satu kerugian.

Saya berpegang pada satu ayat; 'Mad'u itu rahmat bagi da'ie'. Kerana apabila sesorang itu hendak mengajak mad'u-nya keluar dari jahiliyah dan kembali mengamalkan Islam, mestilah dia berusaha menunjukkan contoh tauladan terbaik kepada mereka. Secara tidak langsung, da'ie
tersebut akan cuba memperbaiki akhlaqnya, bersungguh-sungguh menambah ilmunya, berhati-hati dalam pergaulan, dan sebagainya sekaligus menjadi individu Muslim yang lebih baik, kerana dia tahu, mad'u sedang menjadikan dia sebagai tamsilan golongan yang mengamalkan Islam, dan sudah tentu da'ie tersebut tidak mahu Islam dan dakwah terfitnah dek kerana dirinya yang tidak melakukan yang terbaik.

Tembok Islamiah yang sempurna dan tembok jahiliyah yang sempurna tidak boleh wujud bersama(coexist). Apabila tembok jahiliyah berada dalam keadaan sempurna, bermakna tembok Islam berada dalam keadaan cacat dan berlubang-lubang. Begitu juga sebaliknya. Tatkala kita berjaya menarik seorang mad'u keluar dari jahiliyyah dan kembali kepada mengamalkan Islam, seakan-akan kita menarik satu ketul bata dari tembok jahiliyyah, dan meletak bata itu pada binaan tembok Islamiah. Kalau dakwah itu dilakukan berterusan, maka dengan izin Allah satu hari nanti lenyaplah tembok jahiliyah dan sempurnalah tembok Islamiah.

InsyaAllah....

Let jahilyyah falls like leaves in the autumn....

Oh, mengenai pengakuan saya diawal post tadi.

Yes.

I'm in a relationship.

WITH GOD...

No comments:

Post a Comment