Sunday, April 29, 2012

Tak. Saya tak gila *_*



"She must've been crazy," maybe that's what they were thinking.
"Oh god. I must've been crazy," I started to think.

It's summer. Hot. But not as hot as in Shah Alam.
Pretty easy to get publicity in Warsaw.
Wear your jubah and your tudung (of course), and go out in this 28 degree celcius summer day.
I'm sure a lot of people will stare at you in 'amazement' and some of them will snap your picture.
Kahaha can't help feeling crazy.


“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim)

Rise and rise again until lambs become lions

Dalam ramai-ramai ikhwahakhawat penggerak dakwah, sy rasa sayalah yg paling banyak kena bersyukur setinggi-tinggi kesyukuran dan menjadi hamba Allah yg paling kuat ibadah dan yang paling kena bekerja lebih, kerana nikmat yg Allah kurniakan kepada sy yg tidak dikurniakan kepada ramai penggerak dakwah lain.

Apa nikmat yg sy katakan itu?
Nikmat dilahirkan dalam Baitul Muslim.
Nikmat mempunyai ibubapa yg juga pernah mengikuti tarbiyah.
Nikmat mempunyai ibubapa yg mendidik anak-anak supaya celik isu semasa.
Nikmat menghantar bapa dan abang ke muka pintu untuk menyertai perhimpunan besar-besaran semenjak tahun 1998.
Dan nikmat yang bermacam-macam lagi.



Dengan nikmat itu, sy tahu dan tak teraba-raba mencari penjelasan atas perkara yang berlaku dalam pemerintahan negara kita. Dengan nikmat itu sy boleh thiqah pada qiadah.

Sesak dada sy tatkala melihat penggerak dakwah yg terlalu sibuk hidup dalam dunia dakwah mereka, tapi ketika ditanya mengenai isu negara, mereka teragak-agak dan tak punyai pendirian.

Macam itu jugalah agaknya perasaan ibu dan bapa sy tatkala bertanya kepada sy, "Apa pendirian jemaah kamu dalam hal ini??"
Lalu bermulalah semula episod susun-menyusun ayat dalam kepala sy, cuba menerangkan bagaimana sebenarnya pendirian jemaah, dan juga bagaimana berbezanya waqi' pelajar di luar negara sekarang dan dulu sewaktu mereka mengikuti tarbiah di luar negara.

Dengan kecewa, ibubapa sy akan menggeleng kepala. Adik sy turut ikut menggeleng kepala. Kakak sy turut menggeleng kepala. Abang sy turut menggeleng kepala. Mungkin pahit untuk mereka, terutamanya ibubapa sy untuk menerima bahawa pewaris dakwah di bumi Malaysia semakin lama semakin layu. Hanyut dalam dunia ideal yg dicipta dalam fikiran mereka. Dunia ideal dimana perjuangan Islam itu penuh dengan rahmat dan kasih sayang yang tiada sedikit pun penentangan atau diselangi keganasan.

Mungkin agaknya mereka yang bertanggungjawab untuk memandulkan mahasiswa mahasiswi Malaysia sedang bersorak gembira atas hasil kerja mereka. Tahniah. Anda berjaya melahirkan mahasiswa/i yang bagai lembu dicucuk hidung. Bukan sahaja mereka akan redha dengan kezaliman anda semata-mata kerana 'nikmat' biasiswa yg telah 'anda' berikan, malahan mereka akan membenci golongan yg cuba memperjuangkan keadilan, Tahniah sekali lagi. Anda berjaya menghapuskan golongan mahasiswa/i seperti mereka zaman ibubapa saya dan makcik pakcik pengasas jemaah sy. Beribu-ribu tahniah.

Memang benar, apa yg berlaku di negara kita sangat memeningkan. Tapi kita tak boleh lari dari hakikat itu negara kita. Itulah bumi yang kita nak Islamkan. Jadi tak kira memeningkan atau tidak, kita mesti ambil tahu. Kita mesti ada pendirian. If you don't stand for something, you can fall for anything.

Sejarah dakwah dan tarbiah di negara kita dah panjang. Sebelum zaman kemerdekaan lagi. Perlu tahu semua itu untuk kita faham apa yang sedang berlaku sekarang.

Memang ada cara penyelesaian yg lebih aman makmur boleh kita pilih. Tapi kenapa makcik pakcik pilih cara yang ini? Perlu tahu sejarah untuk kita fahami perkara itu.

Sy sendiri bukan orang yg boleh menjelaskan dengan baik. Semua itu sy lalui dan hadam dalam masa 22 tahun. Bagaimana sy nak memahamkan mereka yang baru ikut tarbiah tak sampai 10 tahun apa yg saya lalui selama 22 tahun?

Sy mohon Allah beri sy kekuatan dan melepaskan kekakuan di lidah sy.
Islam akan bangkit insyaAllah. Itu Allah dah janji kan?